Sabtu, 07 Juli 2007

Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu jadikan rumah kamu rumah usang, sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al Baqarah".

Sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya setiap benda ada puncaknya, dan puncak Al Quran itu adalah Surah Al Baqarah"

Sabda baginda lagi:
Bacalah AlQuran kerana Al Quran itu datang pada Hari Qiamat kepada pembacanya dengan membawa syafaat. Baca oleh mu zahrawain ( Surah Al Baqarah dan Surah Aali Imran ) kerana keduanya datang pada hari kiamat seolah-olah dua tumpuk awan yang melindungi pembacanya atau seolah-olah dua kelompok burung yang sedang terbang datang membela pembacanya. Bacalah olehmu Surah Al Baqarah kerana mengambilnya adalah berkat, sedang meninggalkanny adalah suatu penyesalan dan tak dapat dilakukan oleh orang yang kosong dari ibadat."

Berkata Muawiyah Bin Salam : Menurut khabar yang sampai kepadaku, bahawa orang yang kosong dari ibadat ialah tukang sihir

1. Surah Al Baqarah ayat 1 -5


Tulis ayat ini dengan zaafaran di atas pinggan putih yang belum digunakan pada awal pagi Hari Khamis kemudian dilebur dengan air perigi yang selepas itu diminum sebaiknya pada waktu berbuka puasa insyaAllah dicerdaskan otak, kuat ingatan, mudah faham dan berfikiran tajam, kuat keyakinan serta ilmu bertambah.

2. Surah Al Baqarah ayat 25


Ditulis pada kertas kemudian gantungkan pada sebatang tiang saperti buluh dan seumpamanya, pacakkan di tengah-tengah kebun atau sawah, insya Allah tanaman akan subur dan berkat.

3. Surah Al Baqarah ayat 47

Ayat ini jika ditulis pada sehelai kain kepunyaan anak perempuan yang belum baligh pada malam Isnin kemudian diletakkan pada dada perempuan yang ingin kita ketahui perbuatannya yang curang ketika ia sedang tidur, insya Allah ia akan menuturkan segala perbuatannya.

Surah Al Baqarah ayat 70


Baca ayat ini 7 kali ketika memilih barang, insyaAllah akan mendapat barang yang baik,elok dengan harga yang murah

Surah Al Baqarah ayat 72

Baca ayat ini ketika akan masuk ke dalam hutan insyaAllah akan terhindar dari gangguan makhluk halus

Surah Al Baqarah ayat 102

Ayat ini InsyaAllah untuk menyembuhkan orang yang kena sihir. Kaedahnya;
a.di baca di telingan orang yang sakit
b. dibaca di atas air kemudian diminumkan pada orang sakit
c. ditulis di atas bekas yang suci kemudian dilebur dengan air kemudian air tersebut diminumkan pada pesakit.


Surah Al Baqarah ayat 125-126


Dibaca sebelum tidur dan berniat untuk bangun pada waktu yang dikehendaki Insya Allah akan terjaga pada waktu yang diniatkan

Surah Al Baqarah ayat 127-129

Ditulis dengan air anggur hitam di atas pinggan putih dicampur sedikit gula halus.Apabila diminum oleh orang yang sakit buasir insyaAllah putus buasirnya dan boleh menghentikan darah yang mengalir,dan juga boleh mengeluarkan angin dari badan.

Surah Al Baqarah Ayat 138
Dibaca ketika bercelak insyallah matanya kelihatan bersih dan cantik

Surah Al Baqarah Ayat 144
Ditulis di atas bekas yang suci dengan air mawar, kasturi dan gula halus kemudian dileburkan dengan air kemudian gunakan air tersebut untuk merawat muka yang herot kerana stroke. Seleah di basuh lihat muka di cermin 3 jam sambil membaca solawat dan berzikir.Diamalkan selama 3 hari insyaAllah sembuh.

Surah Al Baqarah ayat 164
Dibaca sebelum tidur secara berterusan insyaAllah mendapat kebaikan yang banyak, dijaga hafalan terutama mereka yang menghafal Al Quran

Surah Al Baqarah ayat 201
Dibaca ketika melihat bala bencana insya Allah terpelihara dari bala tersebut. Jika diamalkan berterusan insyaAllah akan mendapat isteri yang soleh

Surah Al Baqarah ayat 243
Ditulis di atas makanan kering saperti beras,tepung dan sebagainya insyaAllah tidak akan rosak atau berkulat

Surah Al Baqarah ayat 255 ( Ayat Al kursi )

Surah Al Baqarah ayat 261
Sebelum menanam buah-buahan atau sayuran atau apajua tanaman baca ayat ini, insya Allah tanaman kita akan diberkati.

Surah Al Baqarah ayat 285 -286
Jika diamalkan secara berterusan insyaAllah;
  • mendapat pertolongan Allah
  • terpelihara dari gangguan musuh dan syaitan
  • Jin dan syaitan keluar dari rumah
  • dilapangkan dada (tidak stress)
  • dimudahkan membayar hutang
  • dibinasakan musuhnya
  • dimudahkan mencapai hajat dan cita-citanya